Menemukan Belahan Jiwa

“Cinta terbaik adalah yang membuat Anda menjadi orang yang lebih baik, tanpa mengubah Anda menjadi orang lain selain diri Anda sendiri” – Anonim.

Bagaimana orang memilih pasangan hidup? Dalam mencari dan memilih pasangan hidup biasanya melibatkan beberapa proses. Menurut Janda & Klenke-Hamel (1980) sebelum seseorang membuat keputusan untuk berkahwin mereka membuat saringan bagi mempastikan bahawa hanya orang yang sesuai dan layak sahaja akan diambil sebagai pasangan hidup. 

Proses saringan ini bermula dengan kerapatan dan kedekatan dan perkenalan, selepas mengenalpasti calon yang berpotensi kemudiannya mengenaplasti beberapa persamaan yang wujud. Selepas itu jika ciri-ciri di atas sesuai maka saringan berikutnya ialah menilai sama ada seseorang itu mempunyai daya tarikan seperti cantik dan akhirnya saringan yang terakhir ialah menilai sama ada calon tersebut ’boleh masuk’ (compatible) atau sepadan serta selaras dengan jangkaan dan peranan yang akan dimainkan oleh calon itu kelak. Jika semua ini dipenuhi, maka pasangan itu akan mengambil keputusan berkahwin untuk mengekalkan perhubungan mereka.

Di sepanjang proses saringan ini, akan berlaku beberapa halangan yang diwujudkan oleh masyarakat (seperti norma dan budaya) sehingga proses mencari calon yang sesuai menjadi sukar dan lambat. Contohnya individu cenderung untuk mencari pasangan yang banyak persamaan dengannya misalnya umur, etnik, agama, pendidikan dan lain-lain faktor demografi. Di Amerika Syarikat, kecenderungan ini dipanggil homogamy (mencari titik persamaan). Manakala bagi sesetengah budaya, lelaki lebih cenderung mencari pasangan hidup yang lebih muda

MENGENAL CINTA DARI HATI

. “Hubungan yang benar adalah dua orang yang tidak sempurna yang menolak untuk menyerah satu sama lain” – Anonim.

Secara psikologinya keinginan untuk berhubung, bersama dan berdamping dengan orang lain merupakan sebahagian daripada keperluan benda hidup seperti binatang dan manusia. Dalam konteks manusia keinginan untuk berhubung atau berkawan adalah sebahagian daripada keperluan asas manusia. Keinginan kepada orang lain bermula dengan mengenali, mempunyai persamaan dan akhirnya memulakan perkenalan dan menjalinkan hubungan. Agama Islam tidak menafikan keperluan asas ini namun keperluan ini perlu dibimbing dan dikawal supaya ia tidak tersasar dari ketetapan Allah SWT.

Hubungan rapat juga dikenali sebagai hubungan mesra (intimate relationship). Hubungan ini boleh diperhati berdasarkan kepada tiga sifat berikut iaitu sama ada wujudnya kerapatan emosi, memenuhi keperluan (sama ada fizikal, psikologikal atau seksual) dan kebergantungan antara satu sama lain. Hubungan rapat terbahagi kepada beberapa kategori iaitu persahabatan yang sangat rapat, hubungan antara ahli keluarga, hubungan antara teman sekerja dan hubungan romantik dan seksual. Contohnya kita menjadi rapat kerana keluarga. Menurut teori evolusi, keperluan kepada hubungan rapat adalah untuk tujuan penerusan survival gen.

Cinta itu tidak bisa dijelaskan seberapa besarnya, orang mungkin menilai cinta itu sebesar dunia, samudra, bahkan langit. Namun tidak ada seseorang pun yang bisa menakar seberapa besar cintanya dengan logika. Berbicara mengenai cinta memang memiliki arti yang luas, bisa cinta kepada orangtua, saudara, sahabat dan kekasih. Namun biasanya orang lebih sering galau jika disangkutkan dengan cinta terhadap kekasih. Oleh karenanya mereka membutuhkan motivasi untuk bisa bangkit kembali dari rasa sakit hati.

PUJANGGA LUKA

“Hanya karena kamu berbuat sebuah kesalahan, bukan berarti kamu adalah kesalahan” – Georgette Mosbacher.

Bagimu 

Yg memperjuangkan cinta

Namun dipatahkan hingga luka

Bersedihlah

Menangislah..

Sampai saatnya hatimu faham 

Bahwa ia yg meninggalkanmu tanpa alasan

Tidak pernah pantas mendengarkan alasanmu untuk bertahan…

Hati yg patah

Tak dapat meringis 

Krn luka tak memiliki suara

Cinta yg tak terbalas 

Takan berbuah kebahagiaan

Krn rasa yg tak memiliki tuan 

Tak dapat mengisi kekosongan jiwa

Dan ketika kau benar benar bangun dari kenyataan 

Kau akan sadar

Hatimu sedang dipulihkan

Hatimu terlalu berharga hanya sekedar untuk disakiti 

Bahkan terlalu berharga untuk disinggahi 

Manusia tanpa hati yg hanya berlalu lewat 

Tanpa pamit. 

CINTA DAN IMAN

Tuhan tidak pernah keliru memberikan anugerah cinta kepada hambanya, karena sebuah cinta yang datang itu pasti ada makna dan alasannya.

Dalam konteks akidah, cinta mempunyai hubungkait dengan iman seseorang. Cinta tersebut terserlah melalui penghayatan dan amalan seseorang individu dalam kehidupan sehariannya sama ada melalui amalan zahir mahupun amalan batin. Hubungkait antara cinta dan iman dapat dilihat dalam beberapa kenyataan dari Rasulullah SAW.

  • Mengasihi saudara yang lain:

        Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya”(al-Bukhariy, 2000).

  • Mengasihi para sahabat Rasulullah SAW.: Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:“Tanda iman itu mengasihi golongan Ansar dan tanda-tanda nifaq pula adalah memarahi golongan Ansar” (al-Bukhariy, 2000).
  • Mengasihi Rasulullah SAW. lebih dari diri sendiri: Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud: “Demi diriku ditangannya tidak beriman seseorang kamu itu sehinggalah diriku lebih dikasihinya dari kedua ibu bapa dan anaknya” al-Bukhariy, 2000)

Daripada hadith di atas jelas menunjukkan bahawa cinta dan iman itu sangat berkait rapat. Justeru, cinta tersebut dilihat sebagai manifestasi iman itu sendiri. Ini bermakna jika perasaan cinta terhadap perkara-perkara tersebut berkurangan, ia menandakan kekurangan iman seseorang itu.